Storan dan memori
Peranti anda mempunyai beberapa pilihan storan dan memori yang berbeza.
•
Storan dalaman adalah kira-kira
8 GB dan digunakan untuk menyimpan kandungan yang
dimuat turun atau dipindahkan bersama tetapan dan data peribadi. Beberapa contoh
mengenai data yang disimpan ke storan dalaman ialah tetapan penggera, kelantangan
dan bahasa; e-mel; penanda buku; peristiwa kalendar; foto; video dan muzik.
•
Anda boleh menggunakan kad memori boleh tanggal dengan kapasiti storan sehingga
128 GB untuk mendapatkan lebih banyak ruang storan. Fail media dan sesetengah
aplikasi bersama data yang berkaitan boleh dipindahkan kepada jenis memori ini untuk
39
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
mengosongkan storan dalaman. Sesetengah aplikasi, sebagai contoh, aplikasi Kamera,
boleh menyimpan data secara terus ke kad memori.
•
Memori dinamik (RAM) adalah kira-kira
2 GB dan tidak boleh digunakan untuk storan.
RAM digunakan untuk mengendalikan aplikasi yang berjalan dan sistem pengendalian.
Anda mungkin perlu membeli kad memori secara berasingan.
Baca selanjutnya tentang penggunaan memori dalam peranti Android dengan memuat turun
Kertas putih untuk peranti anda di
www.sonymobile.com/cn/support
.
Mempertingkat prestasi ingatan
Memori peranti anda cenderung untuk penuh akibat daripada penggunaan biasa. Jika
peranti mulai perlahan atau aplikasi ditutup secara tiba-tiba, anda hendaklah
mempertimbangkan perkara berikut:
•
Sentiasa cuba untuk mengekalkan sekurang-kurangnya
250 MB storan dalaman kosong
yang tersedia.
•
Tutup aplikasi yang berjalan jika tidak digunakan.
•
Kosongkan ingatan cache untuk semua aplikasi.
•
Nyahpasang aplikasi yang dimuat turun yang tidak anda gunakan.
•
Alihkan aplikasi ke kad memori jika storan dalaman penuh.
•
Pasang aplikasi pada bahagian ingatan yang terdapat lebih banyak ruang storan.
•
Pindahkan foto, video dan muzik dari ingatan dalaman ke kad ingatan.
•
Jika peranti anda tidak dapat membaca kandungan pada kad ingatan, anda mungkin
perlu memformat kad itu. Sila ambil perhatian bahawa semua kandungan pada kad akan
dipadamkan apabila anda memformatnya.
Jika anda berkongsi peranti dengan berbilang pengguna, anda mesti melog masuk sebagai
pemilik, iaitu pengguna utama, untuk melaksanakan tindakan tertentu seperti memindahkan
data ke kad ingatan dan memformat kad ingatan.
Untuk melihat status ingatan
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Storan.
Untuk melihat jumlah RAM kosong dan RAM digunakan
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Mengenai telefon > Diagnostik > Fakta.
Untuk mengosongkan memori cache untuk semua aplikasi
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Storan.
3
Ketik
Storan dalaman> Data cache> OK.
Apabila anda mengosongkan memori cache, anda tidak akan kehilangan sebarang maklumat
atau tetapan penting.
Untuk memindahkan fail media ke kad memori
1
Pastikan anda mempunyai kad memori yang dimasukkan ke dalam peranti anda.
2
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Storan > Pindahkan data ke kad SD.
4
Tandakan jenis fail yang anda mahukan untuk dipindahkan ke kad memori.
5
Ketik
Pemindahan.
Untuk menghentikan aplikasi dan perkhidmatan daripada berjalan
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Aplikasi.
3
Pilih aplikasi atau perkhidmatan, kemudian ketik
PAKSA BERHENTI > OK.
40
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk memformat kad memori
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Storan.
3
Ketik
Kad SD, kemudian ketik , kemudian ketik Tetapan > Format > Padam &
format.
Semua kandungan pada kad memori dipadamkan apabila anda memformatkannya. Pastikan
anda membuat sandaran semua data yang anda mahu simpan sebelum memformat kad
memori. Untuk membuat sandaran kandungan, anda boleh menyalinnya ke komputer. Untuk
maklumat lanjut, lihat
Mengurus fail menggunakan komputer
pada halaman 39.