Berkongsi sambungan data mudah alih anda
Anda boleh berkongsi sambungan data mudah alih anda dengan peranti lain dalam
beberapa cara:
•
Penambatan USB – kongsi sambungan data mudah alih anda dengan satu komputer
menggunakan kabel USB.
•
Penambatan Bluetooth® – kongsi sambungan data mudah alih anda dengan sehingga
lima peranti lain melalui Bluetooth®.
•
Hotspot Wi-Fi mudah alih – kongsi sambungan data mudah alih anda dengan sehingga
8 peranti lain serentak, termasuk peranti yang menyokong teknologi WPS.
Untuk berkongsi sambungan data anda menggunakan kabel USB
1
Nyahaktifkan semua sambungan kabel USB ke peranti anda.
2
Menggunakan kabel USB yang disertakan dengan peranti anda, sambung peranti
anda kepada komputer.
3
Dari
Skrin utama anda, ketik .
4
Cari dan ketik
Tetapan > Lagi > Penambatan & hotspot mudah alih.
5
Seret penggelangsar di sebelah
Penambatan USB ke kanan, kemudian ketik OK
jika digesa. dipaparkan dalam bar status sebaik sahaja anda disambungkan.
6
Untuk berhenti berkongsi sambungan data anda, ketik penggelangsar
Penambatan USB atau tanggalkan kabel USB.
Anda tidak boleh berkongsi sambungan data dan kad SD peranti anda melalui kabel USB
pada masa yang sama.
49
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk berkongsi sambungan data mudah alih anda dengan peranti Bluetooth® lain
1
Pastikan yang peranti anda dan peranti Bluetooth® lain telah dipasangkan
sesama mereka dan trafik data mudah alih telah diaktifkan pada peranti anda.
2
Peranti anda: Dari Skrin utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Lagi > Penambatan & hotspot mudah alih dan
kemudian ketik penggelangsar
Penambatan Bluetooth untuk mendayakan fungsi
tersebut.
4
Peranti Bluetooth®: Sediakan peranti supaya ia mendapatkan sambungan
rangkaiannya menggunakan Bluetooth®. Jika peranti merupakan sebuah
komputer, rujuk arahan yang relevan untuk melengkapkan persediaan. Jika peranti
berjalan pada sistem pengendalian Android™, ketik ikon tetapan di sebelah nama
peranti yang dijadikan pasangan di bawah
Tetapan > Bluetooth > Peranti
pasangan, kemudian tandakan kotak tanda Akses Internet.
5
Peranti anda: Ketuk Tetapan bersebelahan dengan peranti yang berpasangan.
Kemudian, tandakan kotak semak akses Internet. Tunggu sehingga kelihatan
dalam bar status. Sebaik sahaja ia muncul, persediaan telah lengkap.
6
Untuk berhenti berkongsi sambungan data mudah alih anda, ketik penggelangsar
Penambatan Bluetooth sekali lagi untuk menyahdayakan fungsi tersebut.
Fungsi
Penambatan Bluetooth dimatikan setiap kali anda mematikan peranti anda atau
mematikan fungsi Bluetooth®.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang membuat pasangan dan menghidupkan trafik
data mudah alih, lihat
Untuk membuat memasangkan peranti anda dengan peranti
Bluetooth® lain
pada halaman 127 dan
Untuk menambah rangkaian persendirian maya
pada
halaman 53.
Untuk menggunakan peranti anda sebagai hotspot Wi-Fi mudah alih
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Lagi > Penambatan & hotspot mudah alih.
3
Ketik
Tetapan hotspot mudah alih > Konfigurasikan hotspot Wi-Fi.
4
Masukkan maklumat
Nama rangkaian (SSID).
5
Untuk memilih jenis keselamatan, ketik medan
Keselamatan. Jika diperlukan,
masukkan kata laluan.
6
Ketik
Simpan.
7
Ketik , kemudian seret penggelangsar di sebelah
Hotspot mudah alih ke kanan.
8
Jika digesa, ketik
OK untuk mengesahkannya. muncul dalam bar status sebaik
shaaja hotspot Wi-Fi mudah alih aktif.
9
Untuk berhenti berkongsi sambungan data anda melalui Wi-Fi, seret
penggelangsar di sebelah
Hotspot mudah alih ke kiri.
Membenarkan peranti disokong WPS untuk menggunakan sambungan data mudah
alih anda
1
Pastikan peranti anda berfungsi sebagai hotspot Wi-Fi mudah alih.
2
Dari
Skrin utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Lagi > Penambatan & hotspot mudah alih > Tetapan
hotspot mudah alih.
4
Ketik penggelangsar
Boleh ditemui untuk mendayakan fungsi tersebut.
5
Di bawah
Konfigurasikan hotspot Wi-Fi, pastikan hotspot mudah alih anda
dilindungi dengan kata laluan.
6
Ketik
Butang Tekan WPS, kemudian ikut arahan yang berkaitan. Atau, ketik >
Masukan PIN WPS, kemudian masukkan PIN yang muncul pada peranti yang
disokong WPS.
50
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk menamakan semula atau melindungi hotspot mudah alih anda
1
Dari
Skrin utama, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Lagi > Penambatan & hotspot mudah alih.
3
Ketik
Tetapan hotspot mudah alih > Konfigurasikan hotspot Wi-Fi.
4
Masukkan
Nama rangkaian (SSID) bagi rangkaian.
5
Untuk memilih jenis keselamatan, ketik medan
Keselamatan.
6
Jika diperlukan, masukkan kata laluan.
7
Ketik
Simpan.