Tetapan kamera pegun
Untuk melaraskan tetapan kamera pegun
1
Aktifkan kamera.
2
Untuk memaparkan semua tetapan, ketik .
3
Pilih tetapan yang anda mahu laraskan, kemudian sunting seperti yang diingini.
105
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Gambaran keseluruhan tetapan kamera pegun
Resolusi
Pilih antara beberapa resolusi dan nisbah bidang sebelum mengambil foto. Foto dengan
resolusi yang lebih tinggi memerlukan ingatan yang lebih besar.
13MP
4128×3096(4:3)
Resolusi 13 megapiksel dengan nisbah bidang 4:3. Sesuai untuk foto yang ingin anda lihat pada paparan
bukan skrin lebar atau cetak dalam resolusi tinggi.
9MP
3920×2204(16:9)
Resolusi 9 megapiksel dengan nisbah bidang 16:9. Sesuai untuk foto yang ingin anda lihat pada paparan
skrin lebar.
8MP
3264×2448(4:3)
Resolusi 8 megapiksel dengan nisbah bidang 4:3. Sesuai untuk foto yang ingin anda lihat pada paparan
bukan skrin lebar atau cetak dalam resolusi tinggi.
8MP
3840×2160(16:9)
Resolusi 8 megapiksel dengan nisbah bidang 16:9. Sesuai untuk foto yang ingin anda lihat pada paparan
skrin lebar.
3MP
2048×1536(4:3)
Resolusi 3 megapiksel dengan nisbah bidang 4:3. Sesuai untuk foto yang ingin anda lihat pada paparan
bukan skrin lebar atau cetak dalam resolusi tinggi.
2MP
1920×1080(16:9)
Resolusi 2 megapiksel dengan nisbah bidang 16:9. Sesuai untuk foto yang ingin anda lihat pada paparan
skrin lebar.
VGA
640×480(4:3)
Format VGA dengan nisbah bidang 4:3.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan
Manual.
Mod Fokus
Fungsi fokus mengawal bahagian foto yang seharusnya tajam. Apabila autofokus
berterusan dihidupkan, kamera sentiasa melaraskan fokus supaya kawasan dalam
bingkai fokus berwarna kekal tajam.
Fokus auto tunggal
Kamera memfokus secara automatik pada subjek yang dipilih. Autofokus berterusan dihidupkan. Sentuh
terus skrin kamera sehingga bingkai fokus kuning bertukar menjadi biru, yang menunjukkan fokus sudah
ditetapkan. Foto diambil apabila anda melepaskan jari anda.
Pengecaman muka
Kamera mengecam sehingga lima muka manusia secara automatik, ditunjukkan dengan bingkai pada skrin.
Kamera memfokus pada muka terdekat secara automatik. Anda boleh memilih muka yang ingin difokuskan
dengan mengetiknya pada skrin juga. Apabila anda mengetik skrin kamera, bingkai biru menunjukkan muka
yang dipilih dan berada dalam fokus. Pengecaman muka tidak boleh digunakan untuk semua jenis
pemandangan. Autofokus berterusan dihidupkan.
Fokus sentuh
Sentuh kawasan tertentu pada skrin kamera untuk menetapkan kawasan yang difokuskan. Autofokus
berterusan dimatikan. Sentuh terus skrin kamera sehingga bingkai fokus kuning bertukar menjadi biru, yang
menunjukkan fokus sudah ditetapkan. Foto diambil apabila anda melepaskan jari anda.
Penjejakan objek
Apabila anda memilih objek dengan menyentuhnya dalam pemidang tilik, kamera menjejakinya untuk anda.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan
Manual.
106
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Pemasa kendiri
Dengan pemasa kendiri, anda boleh mengambil foto tanpa memegang peranti. Gunakan
fungsi ini untuk mengambil portret sendiri atau foto kumpulan di mana semua orang
boleh berada dalam foto. Anda juga boleh gunakan pemasa kendiri jika anda mahu elak
menggoncangkan kamera semasa mengambil foto.
10 saat
Tetapkan tundaan 10 saat dari masa anda menekan butang pengatup sehingga foto diambil.
2 saat
Tetapkan tundaan 2 saat dari masa anda menekan butang pengatup sehingga foto diambil.
0.5 saat
Tetapkan tundaan separuh saat dari masa anda menekan butang pengatup sehingga foto diambil.
Matikan
Foto diambil apabila anda menekan butang pengatup.
Smile Shutter™
Gunakan fungsi Smile Shutter™ untuk menentukan jenis senyuman mana kamera akan
bertindak balas sebelum mengambil foto.
HDR
Gunakan tetapan HDR (High Dynamic Range/Julat Dinamik Tinggi) untuk mengambil foto
bertentangan cahaya latar yang terang atau dalam keadaan apabila kontras tajam. HDR
mengimbangkan kehilangan butiran dan menghasilkan gambar yang mewakili kawasan
gelap dan juga cerah.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan
Manual.
ISO
Kepekaan ISO boleh ditetapkan untuk dilaraskan secara automatik atau boleh dilaraskan
secara manual kepada julat tetapan kepekaan daripada 100 hingga 3200.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan
Manual.
Permeteran
Fungsi ini menentukan dedahan seimbang secara automatik dengan mengukur jumlah
cahaya yang terpancar pada subjek yang anda ingin tangkap.
Tengah
Menentukan dedahan berdasarkan kecerahan bahagian tengah subjek.
Titik
Melaraskan dedahan pada bahagian subjek kecil yang anda ingin tangkap.
Purata
Mengira dedahan berdasarkan jumlah cahaya yang memancar pada seluruh subjek.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan
Manual.
Denyar
Gunakan denyar untuk mengambil foto semasa keadaan pencahayaan tidak terang atau
apabila terdapat cahaya latar. Pilihan berikut tersedia apabila anda mengetik ikon denyar
pada skrin kamera:
Auto
Kamera menentukan sama ada keadaan pencahayaan memerlukan penggunaan denyar atau tidak
secara automatik.
Hidupkan denyar
107
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Gunakan tetapan ini apabila latar belakang adalah lebih cerah daripada subjek. Tetapan ini mengalih
keluar bayangan gelap yang tidak diingini.
Pengurangan 'red eye'
Mengurangkan warna merah mata semasa mengambil foto.
Matikan
Denyar dimatikan. Kadangkala, kualiti foto boleh menjadi lebih baik tanpa denyar, walaupun keadaan
pencahayaan lemah. Mengambil foto yang baik tanpa menggunakan denyar memerlukan tangan yang
stabil. Gunakan pemasa kendiri untuk mengelakkan foto yang kabur.
Lampu suluh
Denyar bersinar secara berterusan semasa mengambil gambar.
Pemilihan pemandangan
Gunakan ciri Pemilihan pemandangan untuk menyediakan kamera dengan cepat untuk
situasi biasa menggunakan pemandangan yang dipraprogram. Kamera menentukan
beberapa tetapan untuk anda padankan dengan pemandangan yang dipilih, memastikan
foto terbaik mungkin dihasilkan.
Matikan
Ciri Pemilihan pemandangan dimatikan dan anda boleh mengambil foto secara manual.
Kulit lembut
Mengambil foto wajah menggunakan kesan kecantikan dipertingkatkan.
Tangkapan lembut
Gunakan foto tangkapan bertentangan latar belakang lembut.
Anti gerakan kabur
Gunakan untuk meminimumkan gegaran kamera semasa merakam pemandangan yang agak gelap.
Landskap
Gunakan untuk foto landskap. Kamera memfokuskan pada objek yang jauh.
HDR Pembetulan Lampu Latar
Gunakan untuk memperbaiki butiran di dalam tangkapan kontras tinggi. Pembetulan lampu latar
terbina dalam menganalisis imej dan secara automatik, melaraskannya untuk memberikan tangkapan
bercahaya yang sempurna.
Potret malam
Gunakan untuk foto potret yang diambil pada waktu malam atau dalam persekitaran yang bercahaya
malap. Disebabkan oleh masa pendedahan yang lama, kamera mesti dipegang pegun atau diletakkan
pada permukaan yang stabil.
Pemandangan malam
Gunakan apabila mengambil foto pada waktu malam atau dalam persekitaran yang bercahaya malap.
Disebabkan oleh masa pendedahan yang lama, kamera mesti dipegang pegun atau diletakkan pada
permukaan yang stabil.
Senjakala bimbit
Gunakan untuk mengambil foto bercahaya malap pegangan tangan dengan hingar dan kabur
dikurangkan.
Sensitiviti tinggi
Gunakan untuk mengambil foto tanpa denyar di bawah keadaan cahaya malap. Kurangkan kabur.
Gourmet
Gunakan untuk merakam susunan makanan dalam warna terang.
Haiwan kesayangan
Gunakan untuk mengambil foto haiwan kesayangan anda. Kurangkan kabur dan mata merah.
Pantai
Gunakan untuk mengambil foto pemandangan tepi pantai atau tepi tasik.
Salji
Gunakan dalam persekitaran cerah untuk mengelakkan foto lebih dedahan.
Parti
Gunakan untuk foto dalam bangunan dalam persekitaran yang kurang terang. Pemandangan ini
menangkap pencahayaan latar dalam bangunan atau cahaya lilin. Disebabkan oleh masa
pendedahan yang lama, kamera mesti dipegang pegun atau diletakkan pada permukaan yang stabil.
Sukan
Gunakan untuk foto objek yang bergerak pantas. Masa dedahan yang singkat meminimumkan
pengaburan pergerakan.
108
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Dokumen
Gunakan untuk foto teks atau lukisan. Memberikan foto kontras yang dipertingkatkan, lebih tajam.
Bunga api
Gunakan untuk mengambil foto bunga api dalam semua keindahannya.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan
Manual.