Tetapan kamera video
Untuk melaraskan tetapan kamera video
1
Aktifkan kamera.
2
Leret untuk
.
3
Untuk memaparkan tetapan, ketik .
4
Pilih tetapan yang anda mahu laraskan, kemudian lakukan perubahan anda.
Gambaran keseluruhan tetapan kamera video
Pemilihan pemandangan
Ciri Pemilihan pemandangan membantu anda menyediakan kamera dengan pantas
untuk situasi biasa menggunakan pemandangan video yang dipraprogram. Setiap
tetapan pemandangan direka untuk menghasilkan video berkualiti terbaik mungkin dalam
persekitaran rakaman khusus.
Auto
Pemilihan pemandangan adalah automatik.
Matikan
Ciri Pemilihan pemandangan dimatikan dan anda boleh merakam video secara manual.
Tangkapan lembut
Gunakan untuk merakam video dengan latar lembut.
Landskap
Gunakan untuk video landskap. Kamera memfokus pada objek jauh.
Pemandangan malam
Apabila dihidupkan, kepekaan cahaya akan bertambah. Gunakan dalam persekitaran yang
bercahaya malap. Video objek yang bergerak pantas mungkin menjadi kabur. Tetapkan tangan anda
atau gunakan sokongan. Matikan mod malam apabila keadaan pencahayaan baik, untuk
memperbaiki kualiti video.
Pantai
Gunakan untuk video pemandangan tepi pantai atau tepi tasik.
Salji
Gunakan dalam persekitaran cerah untuk mengelakkan video dengan dedahan terlebih.
Sukan
Gunakan untuk video objek bergerak pantas. Masa dedahan yang singkat meminimumkan
pengaburan pergerakan.
Parti
Gunakan untuk video dalam bangunan, dalam persekitaran yang tidak terang. Pemandangan ini
menangkap pencahayaan latar dalam bangunan atau cahaya lilin. Video objek yang bergerak pantas
mungkin menjadi kabur. Tetapkan tangan anda atau gunakan sokongan.
Resolusi video
Laraskan resolusi video untuk format yang berbeza.
HD Penuh
1920×1080(16:9)
Format HD Penuh (Definisi Tinggi Penuh) dengan nisbah bidang 16:9.
HD
1280×720(16:9)
Format HD (Definisi Tinggi) dengan nisbah aspek 16:9.
109
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
VGA
640×480(4:3)
Format VGA dengan nisbah aspek 4:3.
MMS
Rakam video yang sesuai untuk dihantar dalam mesej multimedia. Masa rakaman bagi format video ini
adalah terhad supaya fail video dapat muat dalam mesej multimedia.
Mod fokus
Tetapan fokus mengawal bahagian pada subjek video dirakam yang sepatutnya tajam.
Apabila autofokus berterusan dihidupkan, kamera sentiasa melaraskan fokus supaya
kawasan dalam bingkai fokus putih kekal jelas.
Fokus auto tunggal
Kamera memfokus secara automatik pada subjek yang dipilih. Fokus auto berterusan dihidupkan.
Pengecaman muka
Kamera mengecam sehingga lima wajah manusia secara automatik, ditunjukkan oleh bingkai pada skrin.
Kamera memberi fokus secara automatik pada wajah terdekat. Anda juga boleh memilih wajah mana yang
hendak difokuskan dengan mengetiknya pada skrin. Apabila anda mengetik skrin kamera, bingkai kuning
menunjukkan muka yang dipilih dan berada dalam fokus. Pengecaman muka tidak boleh digunakan untuk
semua jenis pemandangan. Fokus auto berterusan dihidupkan.
Penjejakan objek
Apabila anda memilih objek dengan menyentuhnya dalam pemidang tilik, kamera menjejakinya untuk anda.
Smile Shutter™(video)
Gunakan fungsi Smile Shutter™ untuk menentukan jenis senyuman yang kamera
bertindak balas sebelum merakam video.
Penstabil video
Apabila merakam video, memegang peranti dengan stabil boleh menjadi sukar. Penstabil
membantu anda dengan mengimbangi pergerakan kecil tangan.
Lampu denyar
Gunakan lampu denyar untuk merakam video semasa keadaan pencahayaan kurang
memuaskan atau apabila terdapat cahaya latar. Ikon denyar video hanya tersedia
pada skrin kamera video. Ambil perhatian bahawa kadangkala kualiti video lebih baik
tanpa cahaya walaupun keadaan pencahayaan kurang memuaskan.
Hidupkan
Matikan
Video HDR
Gunakan tetapan HDR (High-Dynamic Range/Julat Dinamik Tinggi) untuk merakam video
dalam keadaan cahaya belakang yang kuat atau dalam keadaan di mana kontras tajam.
Video HDR mengimbangi kehilangan butiran dan menghasilkan gambar yang mewakili
kawasan gelap dan juga cerah.
110
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.