Sony Xperia M4 Aqua - NFC

background image

NFC

Gunakan Komunikasi Medan Dekat (Near Field Communications - NFC) untuk berkongsi

data dengan peranti lain seperti video, foto, alamat halaman web, fail muzik atau

kenalan. Anda juga boleh menggunakan NFC untuk mengimbas teg yang memberikan

anda maklumat lanjut mengenai produk atau perkhidmatan serta teg yang mengaktifkan

fungsi tertentu pada peranti anda.
NFC ialah teknologi wayarles dengan julat maksimum satu sentimeter, jadi, peranti yang

berkongsi data mesti dirapatkan. Sebelum anda boleh menggunakan NFC, anda mesti

menghidupkan fungsi NFC terlebih dahulu dan skrin peranti anda hendaklah aktif.
Kawasan pengesanan NFC terletak di belakang peranti. Pegang peranti anda rapat

dengan peranti lain atau pembaca NFC supaya kawasan pengesanan NFC saling

bersentuhan.

NFC mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau. Menggunakan aplikasi tertentu,

sesetengah fungsi NFC boleh didayakan walaupun semasa peranti dimatikan. Sila ambil

perhatian bahawa tidak semua peranti menyokong ciri ini.

Untuk menghidupkan fungsi NFC

1

Dari Skrin laman utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Lagi.

3

Ketik suis hidup-mati di sebelah

NFC.

124

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk berkongsi kenalan dengan peranti lain menggunakan NFC

1

Pastikan kedua-dua peranti telah menghidupkan fungsi NFC dan kedua-dua skrin

aktif.

2

Untuk melihat kenalan, pergi ke Skrin laman utama anda, ketik , kemudian ketik

.

3

Ketik kenalan yang anda ingin kongsikan.

4

Pegang peranti anda dan peranti penerima dekat antara satu sama lain supaya

kawasan pengesanan NFC bagi setiap peranti yang bersentuhan. Apabila peranti

bersambung, imej kecil kenalan dipaparkan.

5

Ketik imej kecil untuk memulakan pemindahan.

6

Apabila pemindahan selesai, maklumat kenalan disimpan pada skrin peranti

penerima dan juga dipaparkan pada skrinnya.

Untuk berkongsi fail muzik dengan peranti lain menggunakan NFC

1

Pastikan bahawa peranti anda dan peranti penerima menghidupkan fungsi NFC

dan kedua-dua skrin aktif.

2

Untuk membuka aplikasi Muzik, ketik , kemudian cari dan ketik .

3

Pilih kategori muzik dan semak imbas ke trek yang anda mahu kongsi.

4

Ketik trek untuk memainkannya. Kemudiannya anda boleh mengetik untuk

menjedakan trek. Pemindahan berfungsi sama ada trek dimainkan ataupun dijeda.

5

Pegang peranti anda dan peranti penerima dekat antara satu sama lain supaya

kawasan pengesanan NFC bagi setiap peranti yang bersentuhan. Apabila peranti

bersambung, imej kecil trek muncul.

6

Ketik imej kecil untuk memulakan pemindahan.

7

Apabila pemindahan selesai, fail muzik disimpan pada skrin peranti penerima dan

juga dipaparkan pada skrinnya.

Untuk berkongsi foto atau video dengan peranti lain menggunakan NFC

1

Pastikan kedua-dua peranti telah menghidupkan fungsi NFC dan kedua-dua skrin

aktif.

2

Untuk melihat foto dan video pada peranti anda, pergi ke Skrin laman utama

anda, ketik , kemudian cari dan ketik

Album .

3

Ketik foto atau video yang ingin anda kongsikan.

4

Pegang peranti anda dan peranti penerima dekat antara satu sama lain supaya

kawasan pengesanan NFC bagi setiap peranti yang bersentuhan. Apabila peranti

menyambung, imej kecil foto atau video kelihatan.

5

Ketik imej kecil untuk memulakan pemindahan.

6

Apabila pemindahan selesai, foto atau video disimpan pada skrin peranti penerima

dan juga dipaparkan pada skrinnya.

Untuk berkongsi alamat web dengan peranti lain menggunakan NFC

1

Pastikan kedua-dua peranti telah menghidupkan fungsi NFC dan kedua-dua skrin

aktif.

2

Dari Skrin laman utama anda, ketik .

3

Untuk membuka pelayar web, cari dan ketik .

4

Muatkan laman web yang anda mahu kongsikan.

5

Pegang peranti anda dan peranti penerima dekat antara satu sama lain supaya

kawasan pengesanan NFC bagi setiap peranti yang bersentuhan. Apabila peranti

bersambung, imej kecil halaman web dipaparkan.

6

Ketik imej kecil untuk memulakan pemindahan.

7

Apabila pemindahan selesai, laman web dipaparkan pada skrin peranti penerima.

Mengimbas tag NFC

Peranti anda boleh mengimbas pelbagai jenis tag NFC. Sebagai contoh, ia boleh

mengimbas tag dibenam pada poster, pada iklan papan iklan atau bersebelahan produk

dalam kedai runcit. Anda boleh menerima maklumat tambahan seperti alamat web.

125

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk mengimbas tag NFC

1

Pastikan peranti anda telah menghidupkan fungsi NFC dan skrin aktif.

2

Letakkan peranti anda pada tag supaya kawasan pengesanan NFC

menyentuhnya. Peranti anda mengimbas tag dan memaparkan kandungan yang

dikumpulkan. Ketik kandungan tag untuk membukanya.

Menyambung ke peranti serasi NFC

Anda boleh menyambungkan peranti anda ke peranti serasi NFC yang lain dikeluarkan

oleh Sony, seperti speaker atau fon kepala. Apabila mewujudkan sambungan jenis ini,

rujuk panduan peranti yang serasi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Anda perlu mengaktifkan Wi-Fi atau Bluetooth® pada kedua-dua peranti untuk sambungan

berfungsi.