Memulakan peranti anda untuk kali pertama
Anda disyorkan mengecas bateri selama sekurang-kurang 30 minit sebelum memulakan
peranti anda buat pertama kali. Anda masih boleh menggunakan peranti anda semasa ia
sedang dicas, lihat
Mengecas peranti anda
di halaman 34.
Kali pertama anda memulakan peranti anda, panduan persediaan membantu anda
mengkonfigurasikan tetapan asas, memperibadikan peranti anda dan mendaftar masuk
ke akaun anda, contohnya akaun Google™.
Untuk menghidupkan peranti
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga peranti bergetar.
2
Masukkan PIN kad SIM anda apabila diminta kemudian ketik
.
3
Tunggu sebentar sementara peranti dimulakan.
Untuk mematikan peranti
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga menu pilihan dibuka.
2
Dalam menu pilihan, ketik
Matikan kuasa.
Sedikit masa diperlukan untuk peranti ditutup.