Sony Xperia M4 Aqua - Gambaran keseluruhan aplikasi

background image

Gambaran keseluruhan aplikasi

Sesetengah aplikasi mungkin tidak dimasukkan pada peranti anda atau tidak disokong oleh

semua rangkaian atau pembekal perkhidmatan di semua kawasan.

Gunakan aplikasi Jam untuk menetapkan pelbagai jenis penggera.

Gunakan penyemak imbas web Chrome untuk menavigasi dan melihat laman

web, menguruskan penanda buku, teks dan imej.

Gunakan aplikasi Kalkulator untuk menjalankan pengiraan asas.

Gunakan aplikasi Kalendar untuk menjejaki acara dan menguruskan janji temu

anda.

Gunakan kamera untuk mengambil foto dan merakam klip video.

Gunakan aplikasi Kenalan untuk menguruskan nombor telefon, alamat e-mel dan

maklumat lain yang berkaitan dengan kenalan anda.

Akses aplikasi, dokumen dan gambar anda yang dimuat turun.

Gunakan aplikasi E-mel untuk menghantar dan menerima e-mel melalui kedua-

dua akaun peribadi dan tempat kerja.

Semak imbas dan dengar stesen radio FM.

32

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Gunakan aplikasi Album untuk mengurus, melihat dan menyunting foto dan

video anda.

Gunakan aplikasi Gmail™ untuk membaca, menulis dan mengatur mesej e-mel.

Cari maklumat pada peranti anda dan di web.

Lihat lokasi semasa anda, cari lokasi lain dan rancang laluan menggunakan

Google Maps™.

Gunakan aplikasi Play Store™ bagi mencari aplikasi untuk membeli atau memuat

turun secara percuma.

Gunakan aplikasi Pemesejan untuk menghantar dan menerima mesej teks dan

multimedia.

Gunakan aplikasi Video untuk memainkan video pada peranti anda dan

berkongsi kandungan dengan rakan anda.

Gunakan aplikasi Muzik untuk mengatur dan memainkan muzik dan buku audio.

Lihat kisah berita daripada News Suite.

Buat panggilan telefon dengan mendail nombor secara manual atau

menggunakan fungsi dail pintar.

Optimumkan tetapan untuk disesuaikan dengan keperluan anda sendiri.

Gunakan aplikasi Hangouts™ untuk bersembang dengan rakan dalam talian.

Kenal pasti runut muzik yang anda dengar dalam kawasan sekeliling anda dan

dapatkan artis, album dan maklumat lain.

Gunakan YouTube™ untuk menonton video daripada pengguna seluruh dunia

dan berkongsi video anda sendiri.

Xperia™ Movie Creator mencipta kolaj video pendek menggunakan koleksi foto

dan video sedia ada secara automatik.

Gunakan aplikasi Sokongan untuk mengakses sokongan pengguna pada peranti

anda. Sebagai contoh, anda boleh mengakses Panduan pengguna, maklumat

penyelesaian masalah, serta petua dan teknik.

Gunakan aplikasi Lakaran untuk mencipta dan meneroka imej, kemudian

kongsikannya bersama dunia.

Gunakan aplikasi What's New untuk menemui permainan, aplikasi dan

kandungan media baharu.

Nikmati muzik, filem, aplikasi dan permainan pada peranti anda dan dapatkan

akses eksklusif ke kandungan unik yang tersedia hanya dengan peranti Xperia™.

Kekal bersambung dengan rakan permainan anda dan permainan yang anda

suka main, membeli-belah di PlayStation®Store dan banyak lagi.

Lindungi peranti anda daripada virus, perisian hasad, perisian pengintip, cubaan

memancing data dan eksploitasi dalam talian.

33

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.