Menerima panggilan
Jika anda menerima panggilan masuk semasa peranti dalam mod tidur atau skrin
dikunci, aplikasi telefon dibuka dalam format skrin penuh. Jika anda menerima panggilan
masuk semasa skrin aktif, panggilan masuk dipaparkan sebagai pemberitahuan awal
iaitu dalam tetingkap yang dikecilkan yang terapung di sebelah atas skrin yang dibuka.
Apabila pemberitahuan tersebut tiba, anda boleh memilih untuk menjawab panggilan dan
membuka skrin aplikasi telefon atau anda boleh menolak panggilan dan terus berada
pada skrin semasa.
Untuk menjawab panggilan masuk apabila skrin tidak aktif
•
Seret ke kanan.
Untuk menjawab panggilan masuk semasa skrin aktif
•
Dalam pemberitahuan awal yang muncul di sebelah atas skrin, ketik
JAWAB.
Selain menjawab panggilan, anda boleh pergi ke skrin aplikasi telefon utama dengan mengetik
bahagian atas tetingkap pemberitahuan awal. Menggunakan kaedah ini, anda mendapat lebih
pilihan untuk mengurus panggilan. Contohnya, anda boleh menentukan untuk menolak
panggilan dengan mesej atau memajukan panggilan ke mesin menjawab panggilan.
Untuk menolak panggilan masuk semasa skrin tidak aktif
•
Apabila panggilan masuk, seret ke kiri.
Untuk menolak panggilan masuk semasa skrin aktif
•
Dalam pemberitahuan awal yang muncul di sebelah atas skrin, ketik
TOLAK.
Selain menolak panggilan, anda boleh pergi ke skrin aplikasi telefon utama dengan mengetik
bahagian atas tetingkap pemberitahuan awal. Menggunakan kaedah ini, anda mendapat lebih
pilihan untuk mengurus panggilan. Contohnya, anda boleh memutuskan untuk menolak
panggilan dengan mesej.
72
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk membisukan nada dering panggilan masuk
•
Apabila anda menerima panggilan, tekan kekunci kelantangan.
Menggunakan mesin menjawab panggilan
Anda boleh menggunakan aplikasi mesin menjawab panggilan pada peranti anda untuk
menjawab panggilan semasa anda sibuk atau terlepas panggilan. Anda boleh
mendayakan fungsi menjawab automatik dan menentukan jumlah saat perlu berlalu
sebelum panggilan dijawab secara automatik. Anda juga boleh menghalakan panggilan
secara manual ke mesin menjawab panggilan semasa anda terlalu sibuk untuk
menjawabnya. Kemudian, anda boleh mendengar sebarang mesej yang ditinggalkan
pada mesin menjawab panggilan anda.
Sebelum menggunakan mesin menjawab panggilan, anda mesti merakamkan mesej alu-aluan.
Merakam mesej aluan untuk mesin jawab panggilan
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Panggilan > Mesin Menjawab > Sapaan.
3
Ketik
Rakam sapaan baharu dan ikut arahan pada skrin.
Untuk mendayakan atau menyahdayakan jawapan automatik
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Panggilan > Mesin Menjawab.
3
Ketik penggelangsar
Mesin Menjawab.
Jika anda tidak menetapkan masa tunda untuk menjawab panggilan secara automatik, nilai
lalai akan digunakan.
Untuk menetapkan masa tunda bagi jawab panggilan automatik
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Panggilan > Mesin Menjawab.
3
Ketik
Angkat selepas.
4
Laraskan masa dengan menatal ke atas dan ke bawah.
5
Ketik
Selesai.
Untuk memajukan panggilan masuk ke mesin menjawab panggilan
•
Apabila panggilan masuk, ketik
Pilihan maklum balas, kemudian pilih Tolak
dengan Mesin Menjawab.
Apabila panggilan masuk, anda juga boleh tunggu sehingga masa tunda yang dipraset
berakhir agar mesin menjawab panggilan mengambil panggilan itu secara automatik.
Untuk mendengar mesej pada mesin jawab panggilan
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Panggilan > Mesin Menjawab > Mesej.
3
Pilih mesej suara yang anda ingin dengari.
Anda juga boleh mendengar mesej mesin jawab panggilan terus daripada log panggilan
dengan mengetik .
Menolak panggilan dengan mesej teks
Anda boleh menolak panggilan dengan mesej teks. Apabila anda menolak panggilan
dengan mesej tersebut, mesej akan dihantar secara automatik kepada pemanggil dan
disimpan dalam perbualan Pemesejan dengan kenalan itu.
Anda boleh memilih daripada beberapa mesej dipratakrif yang tersedia di peranti anda
atau anda boleh membuat mesej yang baru. Anda boleh membuat mesej peribadi sendiri
dengan menyunting mesej yang dipratakrif juga.
73
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk menolak panggilan dengan mesej teks apabila skrin tidak aktif
1
Apabila panggilan masuk tiba, ketik
Pilihan maklum balas.
2
Pilih mesej yang dipratakrif atau ketik
Tulis mesej baru.
Untuk menolak panggilan dengan mesej teks apabila skrin aktif
1
Apabila panggilan masuk tiba, ketik bahagian atas tetingkap pemberitahuan awal
di mana nombor telefon atau nama kenalan dipaparkan.
2
Ketik
Pilihan maklum balas.
3
Pilih mesej yang dipratakrif atau ketik
Tulis mesej baru.
Untuk menolak panggilan kedua dengan mesej teks
1
Apabila anda mendengar bunyi bip berulang kali semasa panggilan, ketik
Pilihan
maklum balas.
2
Pilih mesej yang dipratakrif atau ketik
Tulis mesej baru.
Untuk menyunting mesej teks yang digunakan bagi menolak panggilan
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Panggilan > Tolak panggilan dengan mesej.
3
Ketik mesej yang anda mahu sunting, kemudian lakukan perubahan yang perlu.
4
Ketik
OK.