Membaca dan menghantar mesej
Aplikasi Pemesejan menunjukkan mesej anda sebagai perbualan, yang bermakna semua
mesej kepada dan daripada orang tertentu dikumpulkan bersama. Untuk menghantar
mesej multimedia, anda perlu tetapan MMS yang betul pada peranti anda. Lihat
Tetapan
Internet dan MMS
pada halaman 46.
Bilangan aksara yang anda boleh hantar dalam satu mesej adalah berbeza bergantung kepada
pengendali dan bahasa yang anda gunakan. Saiz maksimum untuk mesej multimedia,
termasuk saiz fail media yang ditambahkan juga bergantung kepada pengendali. Hubungi
pengendali rangkaian anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
1
Pergi kembali ke senarai perbualan
2
Panggil penghantar mesej
3
Lihat lebih banyak pilihan
4
Mesej yang dihantar dan diterima
5
Hantar mesej yang lengkap
6
Tambah lampiran
Untuk mencipta dan menghantar mesej
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik .
2
Ketik .
3
Masukkan nama atau nombor telefon penerima, atau maklumat perhubungan lain
yang telah anda simpan berkaitan dengan penerima, kemudian pilih daripada
senarai yang muncul. Jika penerima tidak disenaraikan sebagai kenalan,
masukkan nombor penerima secara manual.
4
Jika anda ingin menghantar mesej berkumpulan, ulang prosedur yang diterangkan
di atas untuk menambah lebih ramai penerima.
5
Ketik
Tulis mesej dan masukkan teks mesej anda.
6
Jika anda ingin menambah lampiran, buat pilihan lampiran yang berkaitan.
7
Untuk menghantar mesej, ketik .
Jika anda keluar daripada mesej sebelum menghantarnya, ia akan disimpan sebagai draf.
Perbualan akan diteg dengan perkataan
Draf.
Untuk membaca mesej yang diterima
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik .
2
Ketik perbualan yang dikehendaki.
3
Jika mesej tidak dimuat turun lagi, ketik dan tahan mesej, kemudian, ketik
Muat
turun mesej.
Semua mesej yang diterima disimpan secara lalai pada ingatan peranti.
86
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk membalas mesej
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik .
2
Ketik perbualan yang mengandungi mesej.
3
Masukkan balasan anda dan ketik .
Untuk memajukan mesej
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik .
2
Ketik perbualan yang mengandungi mesej yang anda mahu majukan.
3
Sentuh terus mesej yang anda ingin majukan, kemudian, ketik
Kehadapankan
mesej.
4
Masukkan nama atau nombor telefon penerima, atau maklumat perhubungan lain
yang telah anda simpan berkaitan dengan penerima, kemudian pilih daripada
senarai yang muncul. Jika penerima tidak disenaraikan sebagai kenalan,
masukkan nombor penerima secara manual.
5
Sunting mesej, jika perlu, kemudian ketik .
Untuk menyimpan fail yang terkandung dalam mesej yang diterima
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik .
2
Ketik perbualan yang anda mahu buka.
3
Jika mesej belum dimuat turun lagi, ketik dan tahan mesej, kemudian, ketik
Muat
turun mesej.
4
Sentuh dan tahan fail yang anda hendak simpan, dan pilih pilihan yang
dikehendaki.