Maklumat undang-undang
Sony E2303/E2306/E2353
Panduan pengguna ini diterbitkan oleh Sony Mobile Communications Inc. atau syarikat bersekutu tempatannya,
tanpa sebarang waranti. Penambahbaikan dan perubahan pada Panduan pengguna ini yang disebabkan oleh
kesilapan tipografi, maklumat semasa yang tidak tepat atau penambahbaikan program dan/atau peralatan, boleh
dilakukan oleh Sony Mobile Communications Inc. pada bila-bila masa sahaja dan tanpa notis. Walau
bagaimanapun, perubahan tersebut akan dimasukkan dalam edisi baru Panduan pengguna ini. Semua ilustrasi
adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak menggambarkan peranti sebenar dengan tepat.
Semua nama produk dan nama syarikat yang dinyatakan di sini merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan
berdaftar pemiliknya masing-masing. Semua tanda dagangan lain merupakan hak milik pemiliknya masing-masing.
Mana-mana hak yang tidak diberikan secara nyata dalam buku panduan ini adalah terpelihara. Lawati
www.sonymobile.com/us/legal/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Panduan pengguna ini boleh merujuk perkhidmatan atau aplikasi yang disediakan oleh pihak ketiga. Penggunaan
pengaturcaraan atau perkhidmatan sedemikian mungkin memerlukan pendaftaran yang berasingan dengan
pembekal pihak ketiga dan mungkin tertakluk pada terma penggunaan tambahan. Bagi aplikasi yang diakses pada
atau melalui laman web pihak ketiga, sila semak dahulu terma penggunaan dan dasar privasi yang dikenakan oleh
laman web sedemikian. Sony tidak menjamin ketersediaan atau prestasi bagi sebarang laman web pihak ketiga
atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Peranti mudah alih anda berkeupayaan untuk memuat turun, menyimpan dan memajukan kandungan tambahan,
sebagai contoh, nada dering. Penggunaan kandungan tersebut mungkin disekat atau dilarang oleh hak pihak
ketiga, termasuk tetapi tidak terhad pada sekatan di bawah undang-undang hak cipta yang dikenakan. Anda, dan
bukannya Sony, bertanggungjawab sepenuhnya bagi kandungan tambahan yang anda muat turun atau majukan
dari peranti mudah alih anda. Sebelum anda menggunakan sebarang kandungan tambahan, sila sahkan bahawa
penggunaan yang anda hasratkan telah dilesenkan sewajarnya atau sebaliknya dibenarkan. Sony tidak menjamin
ketepatan, integriti atau kualiti bagi sebarang kandungan tambahan atau apa jua kandungan pihak ketiga yang lain.
Dalam apa keadaan sekalipun, Sony tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap penggunaan tidak wajar
yang anda lakukan ke atas kandungan tambahan atau kandungan pihak ketiga yang lain.
Lawati
www.sonymobile.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Produk ini dilindungi oleh hak harta intelektual Microsoft yang tertentu. Penggunaan atau pengedaran teknologi
sedemikian di luar produk ini dilarang tanpa lesen daripada Microsoft.
Pemilik kandungan menggunakan teknologi pengurusan hak digital Windows Media (WMDRM) untuk melindungi
hak harta intelektual mereka, termasuk hak cipta. Peranti ini menggunakan perisian WMDRM untuk mengakses
kandungan yang dilindungi WMDRM. Jika perisian WMDRM gagal melindungi kandungan, pemilik kandungan
boleh meminta Microsoft membatalkan keupayaan perisian untuk menggunakan WMDRM bagi memainkan atau
menyalin kandungan yang dilindungi. Pembatalan tidak menjejaskan kandungan yang tidak dilindungi. Apabila anda
memuat turun lesen untuk kandungan yang dilindungi, anda bersetuju bahawa Microsoft boleh memasukkan
senarai pembatalan dengan lesen. Pemilik kandungan mungkin menghendaki anda menaik taraf WMDRM untuk
mengakses kandungan mereka. Jika anda menolak untuk menaik taraf, anda tidak akan dapat mengakses
kandungan yang memerlukan naik taraf tersebut.
Produk ini dilesenkan di bawah visual MPEG-4 dan lesen portfolio paten AVC bagi penggunaan peribadi dan bukan
komersial pengguna untuk (i) pengekodan video yang mematuhi standard visual MPEG-4 ("video MPEG-4") atau
standard AVC ("video AVC") dan/atau (ii) penyahkodan video MPEG-4 atau AVC yang dikodkan oleh pengguna
yang terlibat dalam aktiviti peribadi dan bukan komersial dan/atau telah mendapatkannya daripada pembekal video
yang dilesenkan oleh MPEG LA untuk membekalkan video MPEG-4 dan/atau AVC. Tiada lesen diberikan atau
boleh dikenakan secara tersirat untuk sebarang penggunaan lain. Maklumat tambahan termasuk yang berkaitan
dengan penggunaan dan pelesenan untuk promosi, dalaman dan komersial boleh diperoleh daripada MPEG LA,
L.L.C. Lihat
www.mpegla.com. Teknologi pengekodan audio MPEG Layer 3 dilesenkan daripada Fraunhover IIS
dan Thomson.
SONY MOBILE TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEHILANGAN, PEMADAMAN DAN/
ATAU PENULISAN GANTI DATA PERIBADI ATAU FAIL YANG DISIMPAN PADA PERANTI ANDA (TERMASUK
TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KENALAN, TREK MUZIK DAN GAMBAR) YANG TIMBUL DARIPADA SEBARANG
KEMAS KINI PERANTI MELALUI SEBARANG KAEDAH YANG DITERANGKAN DALAM PANDUAN PENGGUNA
DAN DOKUMEN INI. DALAM APA JUGA KEADAAN, JUMLAH LIABILITI SONY MOBILE ATAU PEMBEKALNYA
TERHADAP ANDA UNTUK APA JUA DAN SEMUA KEROSAKAN, KEHILANGAN DAN PUNCA TINDAKAN (SAMA
ADA DALAM KONTRAK ATAU TORT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD PADA KECUAIAN ATAU SEBALIKNYA)
ADALAH TIDAK MELEBIHI AMAUN SEBENAR YANG ANDA BAYAR UNTUK PERANTI ANDA.
143
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
© 2016 Sony Mobile Communications Inc.
Hak cipta terpelihara.
144
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.